Cara mendedahkan Frasa Pemulihan Rahsia anda

Semasa berurusan dengan mata wang kripto dan aset kripto seperti Ether dan token ERC-20, ia penting untuk sentiasa berwaspada dan menyandarkan kunci peribadi, frasa mnemonik dan kata laluan anda sekiranya perkara yang tidak dijangka berlaku. Untuk maklumat lanjut tentang frasa benih dan Frasa Pemulihan Rahsia MetaMask anda, lihat di sini.

JANGAN berkongsi frasa ini dengan sesiapa! Perkataan ini boleh digunakan untuk mencuri semua akaun anda. Anda tidak boleh mengedit atau menukar Frasa Pemulihan Rahsia anda.
 

Membuat Sandaran Apabila Anda Memasang MetaMask

Apabila anda mencipta sebuah akaun MetaMask baharu, anda akan mendapat gesaan untuk menerima dua skrin yang berkenaan dengan privasi dan syarat penggunaan, diikuti dengan halaman di mana anda memasukkan kata laluan anda. Kata laluan ini membenarkan anda membuka kunci akaun MetaMask tempatan anda selepas ia dipasang. Walau bagaimanapun, jika komputer anda ranap atau jika anda tidak dapat mengakses MetaMask anda, kata laluan ini tidak akan dapat membantu anda mendapatkan akses kepada dana anda dari sebuah mesin yang lain atau selepas keranapan berlaku.

Halaman yang berikut, di mana anda diberikan Frasa Pemulihan Rahsia 12 perkataan anda, ialah maklumat yang paling penting untuk dicatatkan dan disimpan secara selamat dalam pengurusan akaun MetaMask anda.

Anda boleh mencatat Frasa Pemulihan Rahsia anda di sekeping kertas (atau, anda tahu, titanium) atau dalam pemacu kilat; terserah kepada pilihan anda sendiri, kami membenarkan anda memuat turun fail yang mengandungi frasa tersebut.

 

Membuat Sandaran Selepas Anda Memasang MetaMask

Jika atas sebarang sebab anda lupa mencatatkan Frasa Pemulihan Rahsia 12 perkataan anda atau anda telah kehilangan salinan asalnya, selagi akaun MetaMask anda tidak dikunci, anda boleh mendedahkan Frasa Benih / Frasa Pemulihan Rahsia anda supaya anda boleh menyandarkannya semula. 

 

Pada sambungan web:

Tangkapan_Skrin_2020-12-30_pada_16.41.44.png

 

Navigasi ke bawah ke Tetapan:

Tangkapan_Skrin_2020-12-30_pada_16.42.26.png

 

Pergi ke Keselamatan & Privasi:

Tangkapan_Skrin_2020-12-30_pada_16.42.54.png

 

Tatal ke bawah dan ketik pada butang yang memaparkan "Dedahkan Frasa Pemulihan Rahsia".

Masukkan kata laluan anda untul mendedahkan Frasa Benih / Frasa Pemulihan Rahsia anda.

 

 

Pada Peranti Mudah Alih: 


Ketik pada tiga garisan mendatar di bahagian atas sebelah kiri. Pilih Tetapan


Tangkapan_Skrin_2021-07-06_pada_4.40.55_PTG.png

 

Dalam Tetapan, pilih Keselamatan & Privasi:
Tangkapan_Skrin_2021-07-06_pada_4.40.55_PTG.png


Dalam Keselamatan, ketik pada Dedahkan Frasa Pemulihan Rahsia dan kemudian pada paparan Dedahkan Frasa Pemulihan Rahsia, masukkann kata laluan anda untuk mendedahkan Frasa Pemulihan Rahsia anda: 


Tangkapan_Skrin_2021-07-06_pada_4.07.02_PTG.png

 

Tangkapan_Skrin_2021-07-06_pada_4.07.17_PTG.png

 

 

Untuk menyampaikan dengan lebih baik kepentingan tidak berkongsi frasa benih anda, kami telah menukar nama frasa tersebut kepada "frasa pemulihan rahsia". Ketahui lebih lanjut di sini.

 

 

Adakah artikel ini membantu?
501 daripada 918 mendapati ini berguna

Artikel dalam seksyen ini