Pengesetan semula akaun harus secara tegas hanya digunakan semasa perlu, selalunya untuk menyelesaikan transaksi yang tersekat dan belum selesai. Tetapan ini diutamakan untuk pihak pembangun, yang mungkin akan mendapati ia berguna untuk mengeset semula rangkaian ujian sambil terus menggunakan akaun yang sama. Apabila anda mengeset semula, MetaMask menganggap ID rangkaian tersebut sebagai rangkaian bersih dalam keadaan baharu.
Sebelum mengeset semula, kami mencadangkan anda memuat turn log keadaan anda. Ini akan membolehkan ejen Sokongan kami untuk mengesan punca utama masalah jika perlu. Proses mengeset semula ini tidak boleh dipatah balik dan tidak merupakan ciri yang biasa untuk kebanyakan pengguna.
Anda tidak akan kehilangan nilai dalam akaun anda.
Untuk mengeset semula akaun:
- Pada Sambungan, ketik pada ikon akaun pada penjuru bahagian atas sebelah kanan. Pada Peranti Mudah Alih, ketik pada ikon hamburger pada bahagian atas sebelah kiri untuk membuka menu utama.
- Pilih Tetapan
- Pilih Lanjutan
- Tatal ke bawah dan ketik pada Set Semula Akaun