Cara menambah token tak tersenarai (token tersuai) di MetaMask

Jika anda ingin terus ke bahagian yang berkaitan dan beralih ke panduan kami, ketik pada bahagian yang anda ingin cari:

Biasanya, MetaMask memaparkan token standard ERC-20 (atautoken standard) yang anda miliki pada halaman akaun anda. Walau bagaimanapun, dengan pertumbuhan pesat token di Ethereum dan di rangkaian lain, MetaMask tidak menyimpan senarai autoritatif--namun ia mengizinkan anda menambah sebarang token patuh ERC-20 yang anda pegang.

Terdapat dua cara yang berbeza untuk menambah token tak tersenarai ke dompet MetaMask anda:

Pertama sekali, anda boleh mendayakan ciri lanjutan yang secara automatik mengesan token yang dipegang oleh alamat anda, dan menambahnya ke dompet anda. Ia akan menggunakan senarai token yang dikumpulkan daripada pelbagai senarai token komuniti; MetaMask tidak menyimpan senarai hak milik token yang "diterima" atau "sah". Jika anda membuat pilihan ini, ingat bahawa anda harus sentiasa berhati-hati dengan token yang tidak dikenali:

  1. Jangan berinteraksi atau menyambungkan dompet anda ke sebarang tapak web yang anda tidak biasa dengan, belum diselidiki dan tidak mempunyai sebab untuk mempercayainya.
  2. Sentiasa mempersoalkan token yang diedarkan ke alamat anda atau token yang tidak dikenali dan semak dengan sewajarnya sebelum berinteraksi dengannya.
  3. Apabila transaksi anda gagal dan penjelajah blok memaparkan ralat yang ditulis oleh penipu yang mengarahkan anda ke sebuah tapak web, ia berkemungkinan tinggi sebuah tapak pancingan data, oleh itu, JANGAN ketik pada pautan tersebut.
  4. Kekal maklum tentang cara yang sedang dicuba oleh penipu untuk mencuri dana anda. Sedari bahawa tidak selalunya terdapat perlindungan yang mencukupi untuk memastikan maklumat yang anda lihat di web boleh dipercayai.

Kaedah kedua untuk menambah token ke dompet anda-jika anda tidak ingin menggunakan perkhidmatan automatik tersebut, atau jika anda sedang memegang token kurang biasa yang belum disertakan ke dalam senarai komuniti--adalah dengan menambahkannya secara manual.

 

Pengesanan token automatik lanjutan

HANYA TERSEDIA DI JARINGAN UTAMA ETHEREUM

Nota: GIF di bawah menunjukkan cara untuk mengakses ciri ini pada Sambungan, namun pada Peranti Mudah Alih, anda boleh menjumpainya di tempat yang sama: Tetapan - Uji Kaji.

Pengesanan token automatik perlu didayakan oleh pengguna. Ia hanya memerlukan beberapa langkah. Pertama, ketik pada identikon di penjuru kanan sebelah atas, hala ke "Tetapan", dan kemudian ke Uji Kaji", dan pastikan togol dihidupkan:

Cara_Menggunakan_Ciri_Uji_Kaji_Pengesanan_Token.gif

 

Anda sentiasa boleh mematikannya kemudian jika perlu.

Kembali ke senarai aset anda dan segar semula jika perlu--dan diharapkan, sebarang token yang tidak dijumpai sebelumnya kini telah muncul.

 

Menambah token secara manual dengan menggunakan carian

Sambungan Mudah Alih

Untuk melihat token anda, ketik pada tabAset. Token anda harus disenaraikan di bawah tab ini. Jika tidak, dan tidak dikesan oleh pengesanan token automatik, ketik pada "Import token" di bawah:

import_token.png

Mengetik di sini akan membawa anda ke bar carian:

  1. Taipkan perkataan yang terkandung dalam token yang anda ingin cari. Sebagai contoh, jika saya ingin mencari Chainlink (Simbol: LINK), saya hanya menaipkan "LI" pada bar, dan bar carian akan menyediakan semua cadangan.
  2. Pilih token yang ingin dicari, dan ketik Seterusnya untuk teruskan. (Sebaik sahaja anda memilih token, sempadan butang tersebut akan diserlahkan dengan warna biru)
  3. Ketik pada Tambah token untuk teruskan. Anda kemudian akan diubah hala ke halaman akaun anda. Token yang anda baru tambah akan disenaraikan.

Tangkapan_Skrin_2020-12-01_pada_11.04.06_PG.png

 

Cara menyembunyikan token

Setelah menambah token, anda boleh mengalih keluarkannya daripada senarai aset anda.

Sambungan Mudah Alih

Pada halaman dompet anda, cari tab "Aset" dan ketik pada token yang ingin anda alih keluar.

Dari sini, ketik pada tiga titik di penjuru kanan sebelah atas, dan kemudian pada "Sembunyikan".

Tangkapan_Skrin_2020-12-01_pada_11.13.42_PG.png

Jika token yang anda cari bukan antara token yang paling popular, bar carian mungkin tidak akan menunjukkan token yang anda cari. Dalam kes ini, anda boleh menambah token tersuai (secara manual).

 

Cara menambah token tersuai

Sambungan Mudah Alih
  1. Ketik pada "Import token" yang terletak di bahagian bawah tab "Aset" di halaman utama dompet anda.

    import_token.png

  2. Alih ke tab "Token tersuai" di bahagian atas, dan kemudian masukkan alamat token ke dalam bidang pertama. Lihat di bawah jika anda tidak tahu di mana untuk mencarinya.

    bidang_kosong.png

  3. Dalam kebanyakan kes, simbol token dan perpuluhan token akan diisi secara automatik.

    masukkan_alamat.png


    Jika ia tidak diisi secara automatik, hala ke penjelajah blok rangkaian dan cari token tersebut. Simbol dan perpuluhannya berkemungkinan tinggi akan dipaparkan.

    perpuluhan_dan_simbol.png


    Jika anda masih tidak menjumpai butiran token tersebut, cuba cari dokumentasi token tersebut melalui carian web.
  4. Ketik pada "Tambah Token Tersuai" untuk teruskan.
  5. Anda kini akan menemui halaman yang meminta anda mengesahkan bahawa anda ingin menambah token tersebut.

    mengesahkan.png


    Apabila anda ketik pada "Import Token", jenis token tersebut akan ditambah ke dompet anda.

 

Macam mana jika saya tidak tahu alamat token?

Alamat kontrak token mungkin berbeza bergantung pada rangkaian tempat ia dihoskan. Untuk projek token pada rangkaian utama Ethereum, anda boleh mencari melalui penjelajah blok seperti Etherscan atau Ethplorer. Untuk token pada rangkaian alternatif, sila pastikan rangkaian yang betul dipilih pada MetaMask anda dan gunakan penjelajah blok yang sepadan untuk mencari token tersebut.

Anda juga boleh meminta alamat kontrak token daripada orang yang menghantar token tersebut kepada anda.

Sila ambil perhatian bahawa jika seseorang memberitahu anda bahawa mereka telah menghantar token kepada anda, namun mereka tidak dapat memberikan anda alamat token tersebut ataupun cincang transaksinya (ID transaksi unik), ia berkemungkinan mereka sebenarnya tidak berbuat demikian.

Tanpa alamat token, anda tidak akan mempunyai maklumat yang diperlukan untuk menjejak token tersebut.

 

Cara menambah token menggunakan penjelajah blok

Nota: ia akan dapat berfungsi dengan kebanyakan penjelajah blok utama, termasuk BscScan, Polygonscan, Snowtrace, dll., kerana penjelajah-penjelahan blok ini secara umum berkongsi reka bentuk yang serupa.
  1. Pergi ke penjelajah blok
  2. Cari token anda. Anda juga boleh pergi melalui pautan "Token" pada bar menu.
  3. Klik pada ikon tiga titik di bahagian atas sebelah kanan ringkasan profil token tersebut
  4. Ketik pada "Tambah token ke dompet web3"
  5. MetaMask akan muncul untuk anda mengesahkan bahawa anda ingin menambah token tersebut.

tambah_bat_etherscan.gif

Adakah artikel ini membantu?
780 daripada 1253 mendapati ini berguna

Artikel dalam seksyen ini