Cara menambah RPC rangkaian tersuai

Kini terdapat banyak rangkaian serasi EVM yang boleh anda gunakan dengan MetaMask, yang semuanya mesti ditambahkan ke dompet anda sebelum anda boleh menggunakannya dengan akaun sedia ada anda. 

Keparapan RPC merupakan singkatan kepada "remote procedure call" (panggilan prosedur jauh), seset protokol yang membenarkan pelanggan (seperti MetaMask) berinteraksi dengan blok rantai. Tanpa memberi penerangan teknikal yang rumit, menambah butiran rangkaian menggunakan proses di bawah membolehkan MetaMask disambungkan ke rangkaian yang dipilih, dan seterusnya, membolehkan anda berinteraksi dengan rangkaian tersebut.


Untuk cara yang lebih mudah untuk menambah rangkaian kepada MetaMask, pergi ke https://chainlist.wtf/, di mana anda boleh menyambungkan MetaMask anda dan menambah rangkaian dengan hanya beberapa ketikan. Lihat panduan kami untuk maklumat lanjut.

Juga, sila ambil perhatian bahawa menambah rangkaian pada sebuah peranti tidak bermakna ia akan muncul pada sebuah peranti yang lain semasa mengakses akaun yang sama. Jika anda menambahkannya pada Sambungan, ia tidak akan ditambah secara automatik ke aplikasi Mudah Alih MetaMask anda, dan begitu juga sebaliknya.

Rangkaian tersuai juga perlu ditambah semula jika anda menyahpasangkan sambungan pelayar atau aplikasi mudah alih (anda kemudiannya perlu memulihkan dompet anda menggunakan Frasa Pemulihan Rahsia anda), atau set semula dompet anda

Berikut merupakan arahan untuk mewujudkan sambungan ini secara manual:

Sambungan Mudah Alih
  1. Ketik pada butang Akaun. Ini akan memaparkan senarai rangkaian yang telah anda sambungkan:

    Skr1.png

  2. Ketik pada 'Tambah rangkaian':

    Tangkapanskrin_2022-02-10_pada_10.08.02.png

  3. Sebuah tab pelayar baharu akan dibuka, memaparkan pelbagai medan untuk diisi:

    Tangkapanskrin_2022-02-10_pada_10.08.31.png

    Lengkapkan medan tersebut dan ketik pada simpan untuk tambahkan rangkaian. 

    Butiran untuk medan di atas boleh didapati di profil rangkaian kami atau, secara alternatif, dokumen (iaitu dokumentasi pembangun) atau panduan untuk setiap rangkaian. Sebagai contoh:

    Selepas melakukan langkah-langkah di atas, anda akan dapat melihat rangkaian tersuai pada kali seterusnya anda mengakses pemilih rangkaian.

Adakah artikel ini membantu?
385 daripada 653 mendapati ini berguna

Artikel dalam seksyen ini