Saya telah digodam/ditipu (transaksi tanpa kebenaran di akaun saya)

Dalam situasi ini, kemungkinan besar dompet anda terjejas (seseorang telah memperoleh akses tanpa kebenaran). Langkah-langkah di bawah menggariskan kaedah untuk had kerosakan: anda mungkin boleh menyelamatkan beberapa dana daripada akaun anda sebelum ia dialih keluar.

Ikut langkah-langkah ini secepat mungkin:

  1. Pasang MetaMask di pelayar lain (atau di profil pelayar lain). Untuk Mudah Alih, anda memerlukan peranti kedua, membolehkan anda mencipta situasi baharu MetaMask (jika anda mengalih keluar MetaMask daripada peranti mudah alih anda dan anda tidak mempunyai Frasa Pemulihan Rahsia disandarkan, anda tidak akan dapat mengaksesnya semula). 
  2. Cipta dompet MetaMask baharu di pelayar baharu, profil pelayar, atau peranti mudah alih.
  3. Tulis Frasa Pemulihan Rahsia dalam susunan yang betul dan simpan di tempat yang selamat. Jangan sesekali memberikannya kepada sesiapa.
  4. Kembali ke akaun yang terjejas dan hantar sebarang baki dana ke akaun yang baru dicipta. Jika anda percaya mungkin ada skrip penyapu pada akaun yang terjejas, jangan hantar sebarang ETH tambahan atau token lain untuk membayar gas (jika ada penyapu, cuba ikut panduan kami di sini)
  5. Sebaik sahaja anda telah mengalih keluar semua dana yang anda boleh, behenti menggunakan dompet lama dan mana-mana akaun yang dikaitkan dengan Frasa Pemulihan Rahsia yang terjejas.
  6. Laporkan penipuan kepada pihak berkuasa relevan.

Malangnya, transaksi tidak boleh dipatah balik, dan dana yang hilang tidak dapat dipulihkan. MetaMask merupakandompet jagan sendiri, yang bermakna kami ridak dapat mengawal akses ke akaun pengguna, atau masuk campur dan menyelamatkan akaun atau dana anda untuk anda.

Mengapa perkara ini berlaku? 

Disebabkan oleh skala dan skop web3 yang besar, terdapat banyak vektor serangan yang boleh menjadi sebab dompet anda terjejas. Beberapa punca biasa disenaraikan di bawah:

  • Komputer anda telah dikompromi dengan perisian hasad dan anda menyimpan maklumat peribadi anda pada komputer anda, yang membenarkannya mengenal pasti dan mendapatkan Frasa Pemulihan Rahsia anda, sebagai contoh. 
  • Anda telah melayari tapak web pancingan data berniat jahat yang telah mencuri maklumat anda.
  • Anda telah memberi kunci peribadi atau Frasa Pemulihan Rahsia anda kepada seseorang atau kepada sesebuah tapak.
  • Anda telah memberikan dapp atau kontrak pintar tapak akses tanpa had kepada dana anda (ketahui cara membatalkan akses di sini).
  • Anda memasang sambungan MetaMask palsu yang telah mencuri dana anda.

Cuba menganalisis sejarah pelayar anda dan imbas komputer anda untuk menghapuskan sebarang pelanggaran maklumat lanjut. Jika anda menemui sebarang tapak web pancingan data yang mencurigakan, sila ikut langkah-langkah dalam artikel Cara melaporkan penipuan kami supaya kami boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku kepada pengguna lain pada masa hadapan. Jika anda mempunyai sebarang maklumat lanjut selepas siasatan anda sendiri, sila beritahu kami.

Adakah artikel ini membantu?
1081 daripada 3357 mendapati ini berguna

Artikel dalam seksyen ini