Menghantar dan menerima NFT adalah mudah di MetaMask Mudah Alih; ciri ini masih lagi dalam proses ke Sambungan MetaMask.
Adakah anda telah memperolehi NFT pada baru-baru ini dan tidak menjumpainya di dalam dompet anda? Ikut langkah-langkah di sini untuk mencari alamat dompet anda di Etherscan. Pada bahagian bawah halaman, ketik pada tab yang bertajuk "Erc721 Token Txns"; di sana anda sepatutnya akan melihat senarai semua token yang anda miliki dalam dompet anda. Jika ia di Etherscan, ia di dalam dompet anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara menjadikan NFT muncul di MetaMask, lihat di sini.
Adakah anda telah menjual NFT pada baru-baru ini dan anda tidak melihat transaksi dalam dompet anda? Selalunya, proses menjual NFT dilakukan melalui kontrak pintar (sebuah program blok rantai), dan sebagai akibatnya, dana yang anda terima dihantar kepada anda melalui transaksi dalaman, yang tidak akan muncul pada aktiviti MetaMask anda. Untuk menyemak transaksi dalaman, dapatkan alamat dompet anda di etherscan dan pada lebih kurang tengah-tengah halaman tersebut, ketik pada tab 'Transaksi Dalaman'. Transaksi tersebut sepatutnya ada di sana.
Satu lagi cara untuk mengesahkan bahawa anda telah menerima dana setelah ia ditukar dengan NFT anda adalah dengan mengesahkan bahawa baki anda betul.
Menerima NFT
Apabila anda membeli NFT, ia sering akan dipindahkan kepada anda secara automatik melalui sebuah pasaran. Jika yang tersebut tidak berlaku, sila ikut dan semak semula langkah-langkah ini untuk memastikan bahawa transaksi tersebut telah berjaya:
- Berikan pihak pengirim alamat awam anda. Anda boleh menjumpai langkah-langkah untuk melakukannya di sini
- Pastikan anda mempunyai ETH yang mencukupi untuk membayar gas
- Minta pihak pengirim menghantar NFT ke alamat awam anda
- Tambahkan token ke dompet MetaMask anda. Kami cadangkan agar anda berbuat demikian di aplikasi mudah alih MetaMask, kerana NFT pada masa ini tidak dapat dilihat pada sambungan pelayar.
Asalkan anda sedang melihat pada akaun dan dompet yang betul di MetaMask, NFT tersebut sepatutnya akan muncul pada bahagian 'Kolektibel' di MetaMask Mudah Alih.
Terdapat sebilangan platform yang wujud untuk membeli dan menjual NFT dan, secara umum, token ERC-721: Nifty's, OpenSea, Rarible, YellowHeart dan banyak lagi.
Menghantar NFT
Menghantar NFT (yang merupakan token ERC-721) di MetaMask sangat serupa dengan menghantar token mata wang kripto (yang merupakan token ERC-20). Pada masa ini, fungsi ini patut hanya dicuba di MetaMask Mudah Alih.
- Pastikan anda mempunyai gas yang mencukupi untuk transaksi tersebut
- Ketik pada tab 'NFT'
- Ketik pada ikon NFT yang anda ingin hantar
- Ketik pada butang 'hantar' pada bahagian bawah skrin
- Masukkan alamat yang ingin anda hantarkan, tekan 'Seterusnya', dan ikut penggesa transaksi standard
Untuk maklumat lanjut tentang gas dan transaksi, lihat di sini; untuk ketahui lebih lanjut tekan jenis token, lihat panduan kami.