Jika anda ingin memindahkan token dari rangkaian Ethereum, atau dari mana-mana rangkaian lain yang serasi degan EVM, kembali ke BSC, anda bertuah:
Binance telah menulis sebuah artikel sokongan khas untuk membantu anda melakukannya.
Ingat bahawa MetaMask hanya membolehkan anda mengakses rangkaian Binance, dan tidak berkaitan dengan cara token berfungsi, atau dipindahkan kepada atau ke luar BSC. Atas sebab ini, kami menggalakkan anda berunding terus dengan sumber sokongan Binance untuk semua isu yang berkaitan dengan Binance.
Pastikan anda bertanya kepada Binance tentang sebarang keperluan khas sebelum melakukan transaksi (sebagai contoh, ia telah dilaporkan bahawa pengguna perlu menetapkan Harga Gas kepada 10 Gwei semasa melakukan transaksi pada Rantaian Pintar Binance).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Rantaian Pintar Binance secara umum, atau tentang Rantaian Binance, sila terus hubungi pasukan Sokongan Binance.