Memahami BSC, Binance dan MetaMask

Jika anda menggunakan MetaMask bersama Binance, kami sangat mencadangkan anda membiasakan diri anda dengan dokumentasi Binance tentang topik tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa butiran teknikal yang anda mesti faham untuk mengelakkan kerugian.

 

Secara khusus, Binance bukan hanya satu platform. Ia malah bukan sebuah blok rantai. Apabila orang ramai bercakap tentang Binance, mereka mungkin merujuk kepada salah satu perkara berikut:

 

  • Binance, pertukaran terpusat mata wang kripto
  • Ia setara dengan AS, binance.us
  • Rantai BNB Chain, (dahulu dikenali sebagai Binance Chain) tblok rantai yang menjejak BNB
  • Rantai Pintar BNB, (dahulu dikenali sebagai Rantai Pintar Binance atau BSC) direka untuk 'membawa fungsi kontrak pintar ke Ekosistem Binance', menjejaki token yang mematuhi piawaian BEP-20 dan adalah serasi dengan Ethereum dan rangkaian serasi EVM lain

Kaedah untuk memindahkan aset antara rangkaian yang berlainan ini berbeza bergantung pada apa yang anda cuba pindahkan dan dari mana. Bukan semua aset boleh dipindahkan secara bebas antara semua rantaian.

 

Apakah yang anda ingin lakukan?

 

Memindah aset antara Binance, atau binance.us, pertukaran terpusat dan alamat dompet melalui MetaMask

Cadangan: Ikut arahan Binance

Ambil perhatian jika anda mengeluarkan BNB sebagai token BEP2, ia mungkin tidak akan berfungsi seperti yang dijangkakan, sebagai contoh, dalam aplikasi di Rantai Pintar Binance. Untuk mengakses fungsi ini, anda perlu mengeluarkan BNB anda sebagai token BEP20. Arahan tambahan untuk pengeluaran di sini, dan untuk mendeposit ke Binance, di sini.

Alihkan aset antara Rantai Pintar BNB dan rangkaian lain yang serasi dengan EVM melalui MetaMask

Cadangan: Ikut arahan Binance

Selain itu, kami sangat mencadangkan agar anda menggunakan jambatan rasmi apabila memindahkan token antara blok rantai. Arahan tambahan untuk menghantar kepada Rantai Pintar BNB melalui MetaMask di sini, dan arahan untuk menghantar fari Rantai pintar BNB Smart Chain ke blok rantai yang lain melalui MetaMask di sini.

Pernahkah anda menghantar dana dari BSC ke MetaMask, tetapi anda tidak melihat tokennya? Kami mempunyai arahan untuk perkara tersebut di sini.

 

Adakah artikel ini membantu?
165 daripada 372 mendapati ini berguna

Artikel dalam seksyen ini