Menerima dana daripada Binance

Jika anda telah menghantar dana dari akaun Binance anda ke dompet MetaMask anda, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:

Semak transaksi tersebut pada sebuah penjelajah blok rantai

Mula-mula, anda perlu menyemak transaksi tersebut telah mengambil tempat di atas rantaian yang mana, anda boleh membuat demikian dengan menyemak butiran pengeluaran tersebut di Binance:
klipmce0.png

Kemudian anda perlu pergi ke penjelajah rangkaian tersebut. Berikut ialah beberapa contoh:

Sebaik sahaja anda berada di penjelajah blok rantai tersebut, anda perlu mencari alamat MetaMask anda atau ID transaksi tersebut, untuk memastikan dana telah sampai ke akaun anda.

klipmce1.png

Pada bahagian gambaran keseluruhan, anda akan boleh melihat baki token anda, jika ia token asli (BNB, ETH, MATIC, AVAX), ia akan muncul pada bahagian Baki.

Jika ia bukan token asli, ia akan muncul pada menu ke bawah di bahagian Token.

 

Tambahkan rangkaian tersebut ke MetaMask dan paparkan token jika perlu

Untuk menambah rangkaian, sila semak panduan kami tentang penambahan menggunakan Senarai Rantaian, atau artikel kami tentang penambahan rangkaian tersuai.

Selepas menambah rangkaian, jika token anda bukan token asli rangkaian tersebut, anda akan perlu memaparkannya sebagai token tersuai

Pada penjelajah blok rantai, pergi ke bahagian Token dan ketik pada token yang telah diterima: 

klipmce2.png

 

Untuk menambah token tersuai ke MetaMask, anda perlu:

  1. Salinkan alamat kontrak token. Lihat di sini untuk panduan lanjut; pada asasnya, anda perlu mencari token tersebut pada penjelajah blok dan mendapatkan alamatnya dari sana. 
  2. Pergi ke Metamask dan cari 'import token' di bawah tab 'Aset'. Bergantung pada jumlah token yang telah ditambahkan, anda mungkin perlu menatal sedikit untuk menjumpainya. Ketik padanya untuk menambah token dan masukkan alamatnya.

Jika anda telah menghantar token di rangkaian yang salah, anda sentiasa boleh menggunakan jambatan untuk mendapatkan token tersebut di rangkaian yang diinginkan.

Anda boleh menggunakan Multichain (dulu AnySwap) untuk menghubungkan token antara rangkaian yang paling biasa dipakai.

Dimaklumkan bahawa, untuk menghubungkan token, anda perlu mempunyai dana dalam bentuk token asli rangkaian tersebut untuk membayar fi gas. Ini diperlukan untuk sebarang transaksi. Sebagai contoh, di BSC anda akan perlukan BNB, di Polygon anda akan perlukan MATIC, dan untuk Avalanche anda perlukan AVAX. 







Adakah artikel ini membantu?
46 daripada 204 mendapati ini berguna

Artikel dalam seksyen ini