Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula kata laluan saya?
Sila ambil perhatian bahawa apabila menetapkan semula dompet anda seperti yang diterangkan di sini, mana-mana akaun (alamat) yang TIDAK BERASAL dari frasa anda boleh dipulihkan kemudian. Akaun-akaun yang diimport ini, samada dompet perkakasan atau import melalui kunci peribadi, TIDAK TERMASUK di bawah Frasa Pemulihan Rahsia dan akan perlu untuk ditambah semula secara manual. Sila pastikan untuk mengesahkan bahawa anda mempunyai frasa kunci/benih peribadi untuk mana-mana akaun yang diimport sebelum meneruskan dengan proses penetapan semula.
Semasa menetapkan semula kata laluan anda untuk dompet MetaMask anda, anda akan memerlukanFrasa Pemulihan Rahsia 12 perkataan rahsia anda. Jika anda belum mempunyai Frasa Pemulihan Rahsia yang disimpan di tempat yang selamat, sila pastikan anda membaca Cara Mendedahkan Frasa Pemulihan Rahsia anda.
Sebelum mencuba langkah-langkah ini, pastikan anda mempunyai Frasa Pemulihan Rahsia anda, kerana anda tidak akan dapat menetapkan semula kata laluan anda tanpanya dan akan berisiko terkunci daripada dompet anda.
- Sambungan
- Mudah Alih
-
Jika anda pada waktu ini tidak berkunci, klik pada ikon akaun di sebelah hujung kanan atas untuk membuka menu ke bawah, dan pilih **Kunci **dalam menu ke bawah akaun.
-
Sebaik sahaja anda di tontotan Buka kunci, klik Lupa kata laluan:
- Masukkan 12 perkataan Frasa Pemulihan Rahsia anda dalam kotak teks. Pastikan anda masukkan setiap perkataan dalam aturan yang betul, dan semuanya dalam huruf kecil.
- Masukkan kata laluan baharu anda.
- Taipkan semula kata laluan anda untuk mengesahkan bahawa ia telah ditulis dengan betul.
- Klik pulihkan:
-
Jika dompet anda sedang berkunci, anda akan perlu untuk mengunci aplikasi untuk mengakses butang bagi menetapkan semula kata laluan anda. Untuk melakukan ini, klik pada **menu bar sisi **dan pilih **Kunci **di bahagian bawah.
-
Sebaik sahaja anda berada di paparan buka kunci, klik Tetapkan Semula Dompet.
-
Anda akan melihat mesej: **"Adakah anda pasti mahu memadam dompet anda" **klik "Saya faham, teruskan".
-
Taip padam dompet saya.
-
Sebaik sahaja anda mengesahkan, anda akan kembali ke skrin persediaan yang boleh anda ketik Import menggunakan Frasa Pemulihan Rahsia.
Bolehkah Sokongan MetaMask menetapkan semula kata laluan saya untuk saya?
MetaMask bukan penyelesaian berasaskan awan dan tidak pernah memiliki akses kepada Frasa Pemulihan Rahsia anda. Ia wujud secara setempat pada peranti anda (belah pelanggan) dan hanya ditunjukkan kepada anda.
Jika anda mendapat ralat yang menyatakan bahawa Frasa Pemulihan Rahsia anda tidak sah, semak di sini.
Untuk maklumat lanjut tentang kata laluan di MetaMask, lihatdi sini.