Cara menambah RPC rangkaian tersuai
Kandungan:
- Menambah melalui Senarai Rantai
- Menambah rangkaian popular dengan cepat
- Menambah rangkaian secara manual
MetaMask boleh mengakses banyak lagi rangkaian bukan saja rangkaian utama Ethereum: anda boleh menambah mana-mana rangkaian yang bersesuaian dengan EVM. Keparapan RPC merupakan singkatan kepada "remote procedure call" (panggilan prosedur jauh), seset protokol yang membenarkan pelanggan (seperti MetaMask) berinteraksi dengan blok rantai. Tanpa memperkenalkan tangen teknikal yang ketara, menambah butiran rangkaian menggunakan proses di bawah membolehkan MetaMask menggunakan RPC yang membolehkan anda berinteraksi dengan rangkaian tersebut.
Menambah melalui Senarai Rantai
Untuk cara mudah menambah rangkaian pada MetaMask, pergi ke chainid.network, di mana anda boleh menyambung MetaMask dan menambah rangkaian dengan hanya beberapa klik. Lihat panduan kami untuk maklumat lanjut.
Juga, sila ambil perhatian bahawa menambah rangkaian pada sebuah peranti tidak bermakna ia akan muncul pada sebuah peranti yang lain semasa mengakses akaun yang sama. Jika anda menambahkannya pada Sambungan, ia tidak akan ditambah secara automatik ke aplikasi Mudah Alih MetaMask anda, dan begitu juga sebaliknya.
Rangkaian tersuai juga perlu ditambah semula jika anda menyahpasangkan sambungan pelayar atau aplikasi mudah alih (anda kemudiannya perlu memulihkan dompet anda menggunakan Frasa Pemulihan Rahsia anda).
Mengapa saya melihat ikon tanda soal di sebelah nama rangkaian selepas saya menambahkannya?
Apabila anda menambah rangkaian tersuai pada MetaMask — iaitu mana-mana rangkaian selain daripada Ethereum mainnet — anda akan melihat ikon tanda soal di sebelahnya dalam pemilih rangkaian. Ia kelihatan seperti ini
Jangan risau! Ini tidak bermakna ia tidak sah atau tidak selamat untuk digunakan. Ia adalah tingkah laku yang dimaksudkan dan ialah bagaimana mana-mana rangkaian yang anda tambahkan akan muncul dalam MetaMask.
Menambah rangkaian popular
Di kedua-dua Mudah alih dan Sambungan, anda dengan mudah boleh menambah beberapa rankaian utama dengan hanyak mengetik. Ini termasuk:
Anda boleh mencari menu ini menggunakan langkah berikut:
- Sambungan
- Mudah Alih
Dari halaman utama dompet anda, klik pada pemilih rangkaian di bahagian atas skrin, dan kemudian pada 'Tambah rangkaian':
Dari sini, anda sepatutnya melihat senarai rangkaian popular sedia untuk ditambah (melainkan anda telah menambah rangkaian itu). Ketik 'Tambah' untuk memulakan proses, dan ikut gesaan.
-
Ketik ikon hamburger di kiri atas skrin.
-
Pergi ke "Tetapan", dan kemudian ke "Rangkaian"
-
Di sini anda akan melihat senarai rangkaian yang anda telah tambah. Ketik butang "Tambah Rangkaian" di bawah skrin.
-
Anda kini seharusnya melihat senarai rangkaian yang boleh anda tambahkan di bawah tab 'Popular', seperti yang ditunjukkan di bawah.
-
Apabila anda memilih untuk menambah salah satu daripadanya, anda akan digesa untuk mengesahkannya:
Dan kemudian anda akan mendapat pilihan untuk beralih serta-merta ke rangkaian itu. Selesai!
Menambah rangkaian secara manual
Berikut merupakan arahan untuk mewujudkan sambungan ini secara manual:
- Sambungan
- Mudah Alih
-
Klik pada butang pilihan rangkaian. Ini akan memaparkan senarai rangkaian yang telah anda sambungkan**:**
-
Ketik pada 'Tambah rangkaian':
-
Sebuah tab pelayar baharu akan dibuka, memaparkan pelbagai medan untuk diisi**:**
Lengkapkan medan tersebut dan ketik pada simpan untuk tambahkan rangkaian.
Butiran untuk medan di atas boleh didapati di profil rangkaian kami atau, secara alternatif, dokumen (iaitu dokumentasi pembangun) atau panduan untuk setiap rangkaian. Sebagai contoh:
Selepas melakukan langkah-langkah di atas, anda akan dapat melihat rangkaian tersuai pada kali seterusnya anda mengakses pemilih rangkaian.
-
Ketik pada ikon hamburger pada bahagian atas sebelah kiri:
-
Pilih Tetapan:
-
Pilih Rangkaian:
-
Ketik pada Tambah Rangkaian':
-
Isikan butiran Rangkaian RPC Tersuai:
Butiran untuk medan di atas boleh didapati di profil rangkaian kami atau, secara alternatif, dokumen (iaitu dokumentasi pembangun) atau panduan untuk setiap rangkaian. Sebagai contoh:
Selepas melakukan langkah-langkah di atas, anda akan dapat melihat rangkaian tersuai pada pemilih rangkaian.