Skip to main content

Mengesahkan maklumat rangkaian tersuai

Apabila sesebuah tapak web meminta anda menambah rangkaian tersuai ke MetaMask, anda diberikan maklumat yang akan digunakan oleh MetaMask untuk berinteraksi dengan rangkaian tersebut. MetaMask melakukan beberapa pengesahan asas ke atas maklumat ini dan akan memberi amaran kepada anda jika terdapat sesuatu yang kelihatan salah atau luar biasa. MetaMask juga akan menghalang rangkaian yang sama ditambahkan lebih daripada satu kali. Walaubagaimanapun, MetaMask tidak mengesahkan rangkaian tersuai, dan walaupun pengesahan MetaMask diperiksa, rangkaian mungkin berniat jahat atau disalahgambarkan oleh tapak web yang memintanya.

Untuk maklumat lanjut dan pengenalan kepada rangkaian tersuai, lihat Panduan Pengguna kami di sini.

Sama seperti ia tanggungjawab anda untuk mengesahkan alamat Ethereum yang anda gunakan untuk melakukan transaksi, ia juga tanggungjawab anda untuk mengesahkan sebarang rangkaian tersuai yang anda tambah ke MetaMask. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa nasihat tentang cara untuk berbuat demikian.

Semasa tapak web mengemukakan permintaan untuk menambah rangkaian tersuai, MetaMask akan memaparkan pengesahan berikut:

rangkaian-tersuai.png

Pengesahan ini menunjukkan maklumat rangkaian yang disediakan oleh tapak web tersebut. Tiada jaminan bahawa maklumat ini adalah betul. Oleh itu, anda patut mempercayai maklumat pada tahap yang sama anda mempercayai tapak web tersebut.

Jika anda ketik pada "Lihat semua butiran" pada pengesahan, anda boleh lihat semua maklumat rangkaian yang disediakan oleh tapak web tersebut, yang termasuk:

  • Nama Rangkaian: Nama yang akan dikaitkan oleh MetaMask dengan rangkaian tersebut.
  • **URL Rangkaian: **URL yang akan digunakan oleh MetaMask untuk mengakses rangkaian tersebut.
  • **ID Rantaian: **ID rantaian yang akan digunakan oleh MetaMask untuk menandatangani transaksi untuk rangkaian tersebut.
  • **Simbol Mata Wang: **Simbol mata wang yang akan digunakan oleh MetaMask sebagai mata wang asli rangkaian tersebut.
    • Sebagai contoh, untuk Rangkaian Utama Ethereum, simbol mata wangnya ialah ETH, dan untuk Rantaian Gnosis. simbolnya ialah xDAI (dikekalkan selepas penggabungannya).
  • **URL (opsyen) Blok Penjelajah: **URL yang MetaMask akan mengarahkan anda untuk memeriksa akaun, urus niaga dan lain-lain anda. etherscan.io, tetapi untuk angkaian tesuai yang dibincangkan.

Jika anda atas sebarang sebab tidak pasti tentang ketepatan maklumat rangkaian, kami mencadangkan anda mengambil langkah-langkah berikut untuk mengesahkannya:

  • Layari Chainlistdan cari ID rantaian yang telah disediakan dan/atau nama rangkaian tersebut. Jika MetaMask menyatakan bahawa sesetengah maklumat tidak sepadan, anda patut boleh mengenal pasti masalah tersebut di Chainlist. Jika rangkaian tersuai tersebut tidak disenaraikan langsung di Chainlist, ia sama ada sangat baharu, atau mungkin mempunyai kualiti yang harus dipersoalkan.
  • Cari nama rangkaian tersebut di Google dan cuba jawab soalan-soalan berikut. Semakin banyak soalan yang boleh dijawab dengan "ya", semakin banyak sebab untuk anda mempercayai bahawa rangkaian tersebut adalah sah. Dimaklumkan bahawa terdapat banyak penipuan dan saluran media sosial palsu, terutamanya di Telegram.
    • Adakah rangkaian tersebut mempunyai sebuah tapak web? Jika ya, adakah ia kelihatan sah? Adakah ia menyenaraikan butiran rangkaian tersebut?
    • Adakah rangkaian tersebut mempunyai akaun Twitter rasmi atau sebarang akaun media sosial yang lain? Adakah ia mempunyai pengikut yang ramai? Adakah ia kelihatan bereputasi baik? Apakah yang dikatakan oleh orang ramai tentang rangkaian tersebut?
    • Bolehkan anda mengenal pasti mana-mana orang yang menguruskan rangkaian tersebut? Adakah mereka boleh dilihat di media sosial? Adakah mereka mempunyai pengikut yang ramai?
    • Adakah terdapat sebarang artikel berita tentang rangkaian tersebut?

Bagi kebanyakan rangkaian, ia sepatutnya cukup jelas sama ada ia sah atau tidak, dan sama ada tapak web itu menyediakan maklumat yang tepat atau tidak. Jika anda masih tidak pasti selepas melengkapkan langkah-langkah ini, anda harus menolak permintaan untuk menambah rangkaian, melakukan lebih banyak penyelidikan dan mungkin cuba lagi kemudian.