Skip to main content

Platform pertukaran pihak ketiga

Walaupun MetaMask mempunyai platform Pertukaran bina dalam sendiri, terdapat sebuah ekosistem di luar MetaMask yang terdiri daripada platform pertukaran token pihak ketiga. Artikel ini bertujuan untuk menunjukkan beberapa isu yang kerap dialami oleh pengguna semasa menukar token dan berfungsi sebagai direktori tidak muktamad kepada perkhidmatan sokongan pertukaran platform pihak ketiga. MetaMask tidak bergabung dengan mana-mana organisasi ini.

Paling penting: JANGAN SESEKALI MEMBERI SESIAPA FRASA PEMULIHAN RAHSIA ANDA.

Perkhidmatan Sokongan Pertukaran Pihak Ketiga

DEX lawan CEX

Decentralized Exchanges, atau DEX, lebih dekat dengan sesuatu seperti perkhidmatan awam daripada perniagaan. Persoalan tentang "seberapa banyak ia terpencar" merupakan subjek yang diperdebatkan, tetapi realiti terasnya adalah: DEX ialah sebuah projek perisian terbuka, yang kodnya wujud "di tempat terbuka" pada blok rantai, dan yang mana pengguna boleh berinteraksi dengan cara yang boleh dipercayai, berdasarkan cara protokolnya diprogramkan. Contoh DEX termasuk Uniswap, Quickswap dan SushiSwap, antara banyak lagi yang lain.

Pertukaran Terpusat, sebaliknya, ialah sesuatu yang lebih merupai sebuah bank pelaburan. CEX sering berfungsi sebagai "onramp/offramp fiat", berintegrasi dengan mata wang fiat keluaran negara, dan membolehkan pengguna berinteraksi dengan mata wang kripto dalam persekitaran yang lebih tradisional, seperti sebuah bank. CEX sering melaporkan akaun pengguna dan maklumat baki kepada pihak berkuasa cukai, manakala semasa berinteraksi dengan DEX, perkara ini mungkin akan diserahkan kepada tanggungjawab pengguna; untuk maklumat lanjut tentang tanggungjawab cukai, lihat di sini.

Impak Harga

Impak harga ialah fenomena yang sering dialami oleh pengguna yang mengambil bahagian dalam DeFi. Untuk butiran lanjut, lihat di sini.

Kerugian Tidak Kekal

Kerugian tidak kekal ialah satu lagi fenomena yang biasa dialami, terutamanya semasa mengambil bahagian dalam kumpulan kecairan. Untuk penjelasan yang menyeluruh, lihat artikel kami atau tonton video Finematics ini.