Skip to main content

Bagaimana menganggarkan fi gas

Mendapatkan harga gas

Jika anda berada di rangkaian utama Ethereum, anda boleh menyemak alatan gas Etherscan untuk menganggarkan harga gas hari ini. Sila ambil perhatian bahawa harga gas berubah-ubah; sentiasa merujuk kepada stesen gas untuk melihat harga gas semasa.

Rangkaian Ethereum memerlukan gas untuk melaksanakan transaksi. Apabila anda menghantar token, berinteraksi dengan kontrak, menghantar ETH atau melakukan sesuatu yang lain di blok rantai, anda perlu membayar untuk pengiraannya. Pembayaran tersebut dikira dalam gas, dan gas sentiasa dibayar dalam ETH.

Anda membayar untuk pengiraannya, tanpa mengira sama ada transaksi anda berjaya atau gagal. Walaupun jika ia gagal, pelombong atau pengesah masih perlu memuktamadkan dan melaksanakan transaksi anda, yang memerlukan kuasa pengiraan. Anda perlu membayar untuk pengiraan tersebut, sama seperti bagaimana anda perlu membayar untuk transaksi yang berjaya.

Medapatkan had gas

Jadi, anda tahu harga setiap unit gas, namun berapa unit gas yang perlu anda belanjakan? Jika ia transaksi yang ringkas--contohnya, menghantar ETH atau token ERC-721 ke alamat yang lain, anda seharusnya akan membelanjakan 21,000 unit gas. Jika akan melakukan sesuatu yang lebih kompleks, alat yang bagus untuk digunakan ialah penjelajah blok, seperti etherscan.io. Hala ke kontrak yang ingin anda berinteraksi dengan dan mula semak transaksi yang telah dilakukan dengan kontrak tersebut. Ia akan memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang jumlah sebenar gas yang telah digunakan oleh pengguna lain.

note

Kalkulator Gas

Terdapat beberapa alat yang tersedia di luar sana untuk anda menganggarkan kos gas yang akan anda tanggung dalam mata wang fiat sebelum anda menyerahkan transaksi. Satu contoh adalah kalkulator yuran gas Cryptoneur, yang membolehkan anda memasukkan butiran transaksi anda dan menghasilkan anggaran kos gas dalam mata wang tempatan anda, dan khusus untuk permintaan semasa pada rangkaian tersebut (anda boleh memilih daripada kebanyakan rangkaian serasi EVM utama).

Struktur keseluruhan fi gas

Berdasarkan EIP-1559, yuran keseluruhan yang dibayar oleh pencipta transaksi dikira sebagai: ((yuran asas + yuran keutamaan) x unit gas yang digunakan).

Untuk maklumat lanjut, lihat di sini.

Sila ambil perhatian bahawa yuran ini tidak diterima oleh MetaMask, oleh itu, kami tidak dapat membayarnya balik. Yuran ini dibayar kepada pelombong atau pengesah untuk memuktamadkan transaksi, mengesahkannya ke dalam blok dan mengekalkan keselamatan blok rantai.