Apakah 'Frasa Pemulihan Rahsia' dan cara memastikan dompet kripto anda selamat
Baru ke cypto dan web3?
Pergi ke MetaMask Learn untuk pengalaman pembelajaran mudah yang direka khusus untuk pendatang baharu di web3. Ia percuma sepenuhnya, tersedia dalam pelbagai bahasa, dan termasuk alat berguna seperti simulasi untuk membantu anda mencari kaki anda dengan MetaMask.
Frasa Pemulihan Rahsia Anda (SRP) ialah frasa 12 perkataan unik yang dijana semasa anda mula-mula menyediakan MetaMask. Dana anda dihubungkan kepada frasa tersebut. Jika anda kehilangan kata laluan anda, Frasa Pemulihan Rahsia anda membolehkan anda memulihkan dompet dan dana anda. Tuliskannya di atas kertas dan sembunyikan di suatu tempat, letakkannya ke dalam peti deposit keselamatan atau gunakan pengurus kata laluan yang selamat. Sesetengah pengguna malah mengukir frasa mereka pada plat logam! (Menyimpan SRP anda dalam format fizikal, luar talian menghapuskan risiko penggodaman.)
Dengan MetaMask, kawalan ke atas dompet anda adalah milik pemegang kunci induk (iaitu ANDA!).
Malah pasukan di MetaMask pun tidak akan dapat membantu anda memulihkan akaun atau dompet anda jika anda kehilangan Frasa Pemulihan Rahsia anda. Selagi anda memastikan frasa ini selamat dan kukuh, tiada sesiapa boleh menandatangani transaksi tanpa kebenaran daripada akaun dompet anda.
Terdapat banyak faedah menggunakan dompet jagaan sendiri. Sebagai contoh:
- Tiada institusi boleh memanipulasi akses anda kepada dana anda. Pernah mendengar frasa "bukan kunci anda, bukan kripto anda"? Ini yang dimaksudkan. Jika anda menggunakan dompet jagaan (di mana organisasi atau pihak ketiga pada dasarnya mengawal dompet itu dan bertindak mengikut arahan anda), terdapat sedikit selain kepercayaan yang menghalang penjaga daripada mengambil alih dana anda.
- Tiada pedagang yang anda berurusan melalui MetaMask boleh mengakses lebih banyak data peribadi anda daripada yang anda dedahkan.
- Dompet MetaMask anda boleh digunakan hampir seperti pasport, membolehkan bukti identiti secara digital. Perkhidmatan Nama Ethereum (ENS) mungkin merupakan contoh yang paling menonjol bahawa pemilikan dompet penjagaan diri semakin meningkat mengikuti jalan ini.
Kelemahannya? Oleh sebab dompet MetaMask bersifat pengurusan sendiri, tanggungjawab untuk memastikan dompet tersebut selamat terletak sepenuhnya pada anda.
Jangan sesekali berkongsi Frasa Pemulihan Rahsia anda dengan sesiapa. Berkongsi Frasa Pemulihan Rahsia anda dengan seseorang adalah seperti menyerahkan kod pin kad bank anda atau kunci rumah anda. Ia akan memberikan orang tersebut keupayaan untuk mengakses dan memindahkan semua dana anda. Pasukan MetaMask tidak akan sesekali memintanya daripada anda. **Jika sesiapa atau mana-mana tapak web meminta anda berkongsinya, mereka sedang cuba menipu anda. **
Jika anda lebih kepada pelajar visual, video ringkas ini hendaklah membantu.
**Berikut merupakan beberapa tip keselamatan asas untuk membantu anda memastikan dompet anda selamat **
Apakah perbezaan antara Frasa Pemulihan Rahsia dan kata laluan? Mengapa saya memerlukan kedua-duanya?
MetaMask secara setempat menyulitkan frasa pemulihan rahsia anda dengan kata laluan anda. Ia bermakna selepas anda mengunci dompet anda, tiada siapa yang boleh menggunakan dana anda sehingga anda memasukkan kata laluan anda semula. Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh mendapatkan semula akses kepada akaun anda dengan Frasa Pemulihan Rahsia, kerana ia merupakan kunci untuk mengakses dompet anda, yang hanya dipegang oleh anda. Ia penting untuk ketahui bahawa MetaMask atau mana-mana pihak lain tidak boleh menukar atau memulihkan frasa benih anda jika ia hilang. Sila menjaganya dengan baik! Untuk maklumat lebih lanjut tentang ini, lihat di sini.
Cara untuk mendedahkan (dan memulihkan) Frasa Pemulihan Rahsia anda
Anda akan digesa untuk menetapkan SRP dan kata laluan anda apabila anda mula-mula memasang MetaMask. Jika anda kehilangannya, anda sepatutnya dapat memulihkannya jika anda mengingati kata laluan anda DAN anda mempunyai salinan data bilik kebal anda. Anda boleh cuba mencari data bilik kebal anda (sama ada secara setempat pada komputer anda atau pada sandaran komputer tersebut) menggunakan arahan ini.
Amaran!
Jika anda kehilangan Frasa Pemulihan Rahsia dan anda terlupa kata laluan anda, tiada cara untuk memulihkan frasa tersebut dan mengkases akaun anda.
Jangan kongsi Frasa Pemulihan Rahsia dan kunci peribadi anda
Perkara ini telah disebut, tetapi tidak salah untuk memastikan ia diterangkan dengan teliti: sesiapa yang mempunyai Frasa Pemulihan Rahsia atau kunci peribadi anda boleh mengalih keluar token daripada akaun anda. Jangan sesekali kongsi Frasa pemulihan Rahsia atau kunci peribadi anda dengans esiapa — termasuk pasukan MetaMask, walaupun kami tidak akan meminta dari anda maklumat ini. Jika seseorang mengakui dirinya sebagai ahli pasukan MetaMask dan meminta maklumat ini daripada anda, sila laporkan mereka dengan segera menggunakan saluran sokongan rasmi kami.
Jika anda mempunyai jumlah token yang besar dalam akaun anda, pertimbangkan untuk mendapatkan dompet perkakasan.
Dompet perkakasan, seperti Tezor dan Ledger, biasanya dianggap sebagai cara yang lebih selamat untuk menyimpan token anda. Ia menyimpan kunci peribadi di luar talian, yang bermakna anda perlu memiliki dompet secara fizikal untuk menandatangani transaksi -- halangan yang besar kepada penipu dalam talian.
Ini merupakan tip asas, tetapi sama sekali bukan senarai pilihan keselamatan yang lengkap. Teruskan mengikuti trend dan kemas kini keselamatan token dengan mempelajari daripada komuniti Ethereum, membaca bahan yang berguna (seperti siaran ini) dan menyertai saluran perbincanganseperti ini.
Jika anda mendapati terdapat ahli komuniti yang menghadapi kesukaran dengan keselamatan, sila kongsikan siaran ini. Ingat, jika anda memerlukan sebarang bantuan, atau ingin melaporkan akaun yang meniru MetaMask, hubungi kami.
Ada sebarang soalan lagi? Lihat FAQ kami, artikel lain pada halaman ini, atau hubungi Sokongan MetaMask dengan butang 'Mulakan Perbualan" pada halaman utama sokongan kami.