Apa yang perlu dilakukan sekiranya baki token anda adalah salah
Pertama, sahkan baki token yang ditunjukkan pada blok penjelajah dan bandingkan dengan MetaMask. Anda boleh melakukan langkah ini dengan menyalin alamat dompet anda dan tampalkannya ke blok penjelajah yang bersesuaian dengan rangkaian anda — Etherscan untuk Ethereum mainnet, Arbiscan untuk Arbitrum, dsbgnya. Bagi arahan terperinci, lihat di sini.
- Sambungan
- Mudah Alih
Jika Sambungan MetaMask anda memaparkan baki yang salah atau tidak tepat untuk ETH atau token lain, cuba langkah di bawah satu demi satu sehingga anda melihat baki anda yang betul.
Sebelum meneruskan, pastikan anda mempunyai Frasa Pemulihan Rahsia yang disimpan di tempat selamat.
- Pastikan sambungan internet anda kuat dan stabil. Jika tidak, MetaMask mungkin tidak dapat untuk memasukkan baki yang betul.
- Tutup pelayar anda di mana anda mempunyai sambungan MetaMask yang telah dipasang dan buka semula.
- Cuba untuk tutup mana-mana penyekat iklan yang telah anda pasang, atau, jika anda menggunakan VPN, cuba gunakan MetaMask apabila ia ditutup.
- Tukar ke satu rangkaian yang lain dan kembali lagi. Untuk melakukan langkah ini, klik pada rangkaian semasa anda di bahagian atas aplikasi. Pilih satu rangkaian lain, dan kemudian tukar kembali ke rangkaian asal anda sekali lagi.
- Pastikan anda tidak mengalami isu kebenaran pelayar.
- Cuba satu RPC URL yang berbeza, jika terdapat lebih daripada satu yang tersedia untuk rangkaian yang anda gunakan. Anda boleh mengedit RPC URL di Tetapan > Rangkaian, dan kemudiannya klik pada rangkaian dalam soalan tersebut. Lihat artikel tentang menambah rangkaian kami untuk maklumat lebih lanjut.
- Pasang MetaMask menggunakan pelayar lain yang disokong (Firefox, Chrome, Brave, Edge) daripada tapak web rasmi kami https://metamask.io, dan kemudian cuba pulihkan dompet anda menggunakan Frasa Pemulihan Rahsia 12 perkataan sekiranya isu itu hanya terdapat dalam penyemak imbas yang anda sedang gunakan.
Sebaik sahaja anda telah mengesahkan pada Etherscan bahawa jumlah token yang dipaparkan dalam MetaMask Mudah alih adalah tidak betul, ikut langkah berikut:
- Pastikan sambungan internet anda kuat dan stabil. Jika tidak, nilai token mungkin tidak dikemas kini.
- Tukar kepada rangkaian berbeza dan kemudian bertukar kembali.
- Tukar URL RPC rangkaian yang anda gunakan kepada alternatif, jika boleh. Lihat artikel tentang menambah rangkaian kami untuk maklumat lebih lanjut.
- Sorokkan token, ikut arahan di sini, dan kemudian tambah semula token, ikut arahan di sini.
Jika token yang dimaksudkan ialah token asli rangkaian untuk rangkaian selain Ethereum (BNB, AVAX, MATIC, etc), cuba padamkan rangkaian dan kemudian tambah semula.
Jika token bekenaan adalah ETH, pastikan bahawa Frasa Pemulian Rahsia disandarkan di tempat yang selamat, dan pasang semula aplikasi.
Jika anda masih mengalami isu selepas beberapa kali mencuba langkah-langkah ini, sila hubungi kami melalui butang 'Mulakan Perbualan' di halaman sokongan.
Adakah token mempunyai mekanisme yang terbina dalaman yang menjejaskan pembekalan atau nilai?
Rantaian serasi Ethereum dan EVM ialah rumah kepada pelbagai token dengan utiliti yang berbeza. Beberapa token dicipta untuk menukar pembekalan atau nilai secara dinamik mengikut pelbagai syarat:
- Pindahkan semula pangkalan token, di mana pembekalan token diselaraskan
- Token dengan "cukai" terpakai kepada transaksi yang berbeza (cth. pemindahan mudah, pertukaran, penjualan, lain-lain). Ini kadangkala dirujuk sebagai token 'yuran pemindahan'.
Sebelum anda membuat kesimpulan bahawa baki anda tidak betul, semak sama ada sebarang syarat yang serupa dikenakan pada token anda. Anda biasanya boleh mencari maklumat ini dengan menyemak kertas putih atau dokumentasi projek.